Isnin, 24 Januari 2011

ANALISIS ME..OMG

ANALISIS UMUM


NO. PERIBADI    : 3

ELEMEN         : Api

CIRI UTAMA     : Aktif

SINOPSIS         : Disukai kerana aktif dan agresif, namun kurang sabar.

TAFSIRAN UMUM  : Menawan semasa muda, cepat menyiapkan kerja namun tidak sempurna, panas baran/agresif, kurang tegas, perhubungan rapuh.

WARNA SESUAI     : Merah jambu, merah, jingga dan ungu.

STATUS BMI     : 18 => Underweight (terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal.

PENYAKIT UMUM     : Jantung, penyakit kardiovaskular, sakit di bahagian dada, pengaliran darah, insomnia (susah tidur).



PERINCIAN ANALISIS PERIBADI

Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Suka melabur atau belanjakan wang, membawa kejayaan. Sibuk mencari peluang tetapi selalunya berakhir dengan sia-sia.

Mudah belanja orang, mudah kasihan orang.  Bakat sebagai penceramah, suka berkongsi ilmu. Sesuai menjadi penceramah, guru dan pensyarah. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Suka bergerak sana sini, tidak suka duduk satu tempat. Mempunyai daya tarikan yang tinggi, pelaris semulajadi. Mudah terbabit dengan cinta 3 segi, mudah disabotaj. Sesuai menjadi jurujual, agen pemasaran, ahli politik dan artis. Banyak peluang dan kejayaan tetapi kesunyian, tamak. Tinggal di kawasan bukit berhutan.

PERINCIAN ANALISIS KERJAYA

(KERJAYA SESUAI)
Makanan, restoran, surat khabar, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklanan, tenaga buruh, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, kedai serbanika, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, pengumpul dana, penyambut tetamu, ahli psikologi.

(KERJAYA TERBAIK)
Firma perundangan, bank, institusi kewangan, pajak gadai, pejabat kerajaan, senjata, memburu, lawan pedang, peralatan senaman, industri automotif, perkakasan elektrik, tenaga kerja industri kewangan, agen bursa saham, penguatkuasa, polis, pusat sains dan penyelidikan, alat jentera, pengangkutan, kejuruteraan, perlombongan, barang kemas, pengawal keselamatan.